OBJEKTIF PENUBUHAN

Mengasuh, mendidik dan memotivasikan anak-anak yatim di Negeri Sembilan. Ini termasuklah pengajian Al-Quran, kelas fardhu ain dan berkaitan dengan keagamaan.

Membiayai dan menguruskan kehidupan dan persekolahan anak-anak yatim.

Mengawal masalah sosial yang mungkin akan timbul daripada anak-anak yang terbiar dan tiada arah.

Memberi galakkan, peluang, bimbingan dan mengambil bahagian di dalam bidang kesukaan yang dianjurkan oleh pertubuhan yang berdaftar dan badan kerajaan.

Melatih untuk menjalinkan hubungan silaturrahim yang baik di antara anak-anak yatim dan ahli jawatankuasa.

Selepas pengajian di sekolah menengah, pihak pertubuhan akan membantu dan mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran seterusnya. Jika anak-anak ini tidak berjaya, mereka ini pula akan di bantu untuk mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan kemampuannya.