AKTIVITI HARIAN

Disamping menjalani latihan kehidupan berdikari oleh anak-anak yatim ini, mereka juga di programkan dengan aktiviti-aktiviti harian, mingguan dan juga aktiviti-aktiviti tahunan sama ada di antara mereka atau bersama-sama masyarakat setempat, syarikat-syarikat dan badan korporat.

Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah kelas mengaji Al-Quran, kelas hafazan, Yassin, menjalani aktiviti mempertahankan diri- Silat Gayung Malaysia, kelas tambahan untuk pelajar-pelajar dan lain-lain termasuk aktiviti persatuan.

Kelas Mengaji Al-Quran

Kelas diadakan 1 kali seminggu setiap hari ahad pada jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Kelas ini merupakan salah satu daripada aktiviti wajib yang seharusnya disertai oleh semua anak-anak yatim di PAYDA ini. Dibimbing oleh Ustaz Safwan b Raihan. (UNIVERSITI AL- AZHAR, MESIR).

Kelas Tahfiz Al-Quran

Kelas ini diadakan pada setiap hari isnin jam 8.30-10.30 malam. Pihak pertubuhan berhasrat melahirkan anak-anak yatim yang boleh menghafaz Al-Quran. Dibimbing oleh Ustaz Safwan b Raihan.

Bacaan Yassin & Tahlil

Bacaan yassin dan tahlil ini diadakan pada setiap hari khamis malam Jumaat. Ini bertujuan untk menghadiahkan bacaan arwah ibu atau bapa kepada anak – anak ini. Serta kepada muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia. Selain daripada itu, kami memohon kepada Allah S.W.T supaya selamat dan aman tenteram hidup di dunia dan di akhirat.

Kelas Muzik

Kelas ini diadakan pada hari sabtu antara jam 9 pagi hingga 11 pagi. Kelas ini diadakan untuk memberi peluang anak – anak untuk mengasah bakat muzik mereka. Kelas ini dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Paroi.

Kelas Bahasa Melayu & Sejarah

Kelas ini dibimbing oleh Cikgu Mohd Saleh B Ismail. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) dengan kepujian dan beliau juga memiliki Sijil Perguruan Asas dari Institut Bahasa Kuala Lumpur.

Kelas Seni Mempertahankan Diri (SILAT GAYONG)

Kelas ini dibimbing oleh Cikgu Abdul Rahim.